Saturday 28 February 2015

Assalamualaikum..

pagi ni rasa mcm nak share bahan yang tak seberapa yg saya buat utk ank murid saya. Bukan mudah untuk menerapkan rasa cinta kepada syair kepada ank didik sebab sekarang mereka lebih terdedah kepada lagu-lagu pelbagai rentak, dengan perkembangan teknologi menyebabkan puisi lama dilupakan.jom kita bersyair pagi ni.





Saturday 21 February 2015

Lama tak buka blog ni

rasanya sudah terlalu lama tak menjengok ke sini. bukan kerana tiada masa, hakikatnya terlupa diri sendiri ada blog.Entah macam mana hari ni teringin nak masuk blog yang dah lama bersarang....harap dapat meluangkan masa untuk melihat2 k sini selalu selepas ini....

Friday 31 May 2013

Tentang Saya....

Saya seorang guru biasa yang baru setahun jagung mencurahkan bakti pada nusa dan bangsa. Dari segi pengalaman amatlah kurang...saya masih memerlukan bimbingan dari guru-guru lama yang lebih berpengalaman....
Sedikit tentang peribadi...Saya dilahirkan di negeri Kedah yang dikenali dengan negeri Jelapang Padi...Kehidupan saya suatu ketika dulu tidaklah seindah mana...saya perlu berusaha  sendiri untuk mengubah kehidupan dan membuat sedikit anjakan paradigma untuk meningkatkan kualiti hidup....Saya seorang ank sulung dlm family yg mana saya perlu memberi perhatian kepada dua lagi adik yang ketika itu masih belajar. memang saya dr family yg kecil, tetapi keadaan ekonomi keluarga saya ketika itu tidak membolehkan saya untuk merasai kenikmatan seperti mana budak dan rakan seusia  menjalani kehidupan dengan penuh kebahagian dan kesenangan...tapi saya pasrah....dengan menggunakan sedikit keberanian dan ilmu yang ada di dada...saya terus mengorak langkah untuk berjaya seperti teman- teman yg lain. Alhamdulillah...pengajian saya mendapat tajaan dari JPA. Maka bolehlah saya menyambung study diperingkat ijazah sarjana muda dengan kepujian....keinginan untuk mendapatkan Master dan PHD masih tersimpan kukuh  di sudut sanubari...tetapi komitmen saya kepada keluarga dan tanggungjawab saya kepada ank didik menyebabkan saya menyimpan dahulu hasrat tersebut.saya bertuah mempunyai seorang suami yang penyayang dan amat mengerti dengan diri saya.saya juga mempunyai dua orang putra yang menyerikan lagi kehidupan saya..kini saya bahagia dengan kehidupan saya pada hari ini.....